Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi topik berkaitan masalah kesihatan kulit muka antaranya jerawat, ekzema dan jeragat. Cuma hari ini fokusnya pada masalah jeragat. Ada yang kata pigmentasi, melasma, bintik penuaan.Mana satu ni masalah kat muka kita ? Ada yang yak pasti kan.Jom saya share kan apa itu JERAGAT dan petua hilangkan jeragat.

Gambar adalah sekadar hiasan.

APA ITU JERAGAT

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.


Kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat bagi mereka yang berkulit cerah, manakala bagi yang berkulit gelap tompok yang berwarna hitam akan kelihatan.


Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

PUNCA PUNCA JERAGAT

  • perubahan hormon
  • usia yang meningkat
  • penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangan (usia meningkat)
  • pengambilan pil perancang
  • tisu dan sel kulit mati
  • penggunaan kosmetik dan alat solek
  • serangan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • lapisan kulit yang nipis. Mudah terhakis disebabkan sinaran UV

Tapi jangan risau, inshaAllah ada cara untuk hilangkannya. Jom saya kongsikan petua hilangkan jeragat.

PETUA HILANGKAN JERAGAT.

1.Menggunakan kayu manis dan madu

Caranya campurkan setengah sudu kecil serbuk kecil serbuk kayu manis dengan setengah sudu kecil madu. Kemudian kacau sebati dan pakai dimuka sebagai masker selama 30 minit dan cuci bersih. Dengan penggunaan yang kerap dua kali seminggu, anda akan rasa perubahannya. Jeragat dimuka akan semakin pudar dan lama kelamaan akan hilang.

2. Lemon dan madu

  • Persediaan Potong lemon nipis-nipis dan campur dengan madu
  • Waktu Rawatan 15 minit
  • Kaedah Perah lemon dan kumpul jusnya …
  • Kekerapan 2 kali sehari sehingga ternampak kesannya
  • Mengapa Lemon Boleh Membantu Jus lemon adalah agen pengelupasan semulajadi dan madu akan bertindak sebagai pelembab.

3.Scrub Muka

Berikut adalah bahan-bahan scrub muka

  1. 1/2 sudu serbuk kopi
  2. 1/2 sudu serbuk kunyit
  3. secubit gula pasir
  4. sedikit madu
  5. sedikit yogurt

Caranya:

Campurkan semua bahan hingga sebati.Jangan terlalu cair, agak agak boleh menempel ke muka.Kemuadian sapu ke wajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu scrub wajah dan bilas hingga bersih.

4. Ais tomato

Caranya :

1.Basuh bersih sebiji tomato, ambil setengah biji darinya. Campurkan sedikit air dan kisar.

2. Selepas itu , isikan dalam bekas roller. Letakkan baki bekas potongan tomato ke bahagian atas sekali.

3.Apabila sudah siap, bekukan semalaman, lebih baik dilakukan sebaik bangun dari tidur.

4. Tonyoh perlahan lahan tomato roller ke seluruh wajah.Gerakan dari bawah ke atas lebih baik.

Tip merawat kulit wajah ini telah dikongsikan oleh Afy AL Habibi

5. Menggunakan Skincare yang sesuai.

Sekiranya anda tak sempat melakukan petua hilangkan jeragat diatas, boleh cuba dengan penggunaan skincare yang teratur dan konsisten.

Sebelum menggunakan set perawatan wajah, kita hendaklah mengenal pasti jenis kulit sendiri. Pilih jenama yang ada kelulusan KKM. Pastikan melakukan 3 rutin asas iaitu

  1. Membersih
  2. Menyegar
  3. Melembab

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Cleanser Youth Shaklee ini mengabungkkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk MENGHALUSKAN DENGAN LEMBUT, MENYUCI DAN MENYEDIAKAN KULIT untuk langkah seterusnya iaitu untuk sedia diaplikasikan toner dan pelembab.

Apa yang saya rasa , selepas memcuci muka , wajah saya terasa lembut dan tidak ketat. Yang bertnyer, pencuci ini boleh dijadikan sebagai make up remover bagi solekan yang nipis. Namun kalau solekan tebal disyorkan menggunakan make up remover dahulu agar tidak menyumbat liang pori pori.

Bahan utama yang diguna oleh Luminating Cleanser Youth Shaklee : 

  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

PERFECTING SKIN TONER :

Selepas mencuci muka, jangan lupa menyapu toner, ia bantu mengelupas sel kulit mati, menghidrat dan menyuburkan kulit kita. Tuang toner ke kapas / tapak tangan kemudian lap ke tekan ke muka perlahan-lahan sampai meresap. Ia menjadikan kulit lebih berseri dan tidak kusam.

Bahan utama yang diguna oleh Perfecting Skin Toner Youth Shaklee : 

  • Vital Repair+®
  • Ekstraks anggur muscadine (yang turut diguna dalam VIVIX SHAKLEE)
  • Ekstrak alga hijau

AGE DEFENSE MINERAL MOISTURIZER SPF 50 

Krim pelembap memberikan perlindungan daripada sinar UV. Krim pelembab dilengkapi SPF 50 UVA / UVB sinar matahari malah turut melindungi kuit daripada pencemaran alam sekitar dan radikal  bebas. 

Shaklee formulakan Khas moisturizer untuk pengguna Youth Asia  rumusan SPF 50, yang sama sekali tidak menutup pori kulit sebagaimana krim SPF lain di pasaran. Yang bestnyer Moisturizer YOUTH adalah Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori), 

Krim pelindung matahari Youth ini dihasilkan dari bahan semulajadi & biopolimer daripada hidupan laut.

Bagi yang berumur 35 tahun keatas digalakkan add on serum selepas menggunakan 3 set asas,

YOUTH ACTIVATING SERUM

Serum ini membantu merangsang penghasilkan sel kulit baharu. dan teknologinya juga telah dipatentkan.

Serum Youth sebaiknya digunakan pada waktu malam, sebelum tidur. Serum Youth mempunyai 10 kali ganda bahan aktif yang bertindak memperbaharui sel kulit dari dalam. Serum Youth terdiri daripada campuran vitamin A, polifenol dan YOUTH COMPLEX. 


Ia mengalakkan kolagen dan pembaharuan sel kulit hingga ke peringkat kulit paling dalam. Baunya sedap, seakan akan buah avocado. Rasa macam nak makan pun ada, hehe.


Bahan-bahan utama yang digunakan dalam Serum Youth adalah YOUTH Complex dengan apple stemcell, Lotus Japonicus, Vitamin A bercapsul. 

Hasilnya, kulit kita akan menyokong pengeluaran kolagen & hasilnya sel-sel kulit menjadi awet muda. 

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (RICH OR LIGHT) 

Krim malam Shaklee YOUTH bertindak menghidrat dan melembutkan kulit semasa tidur. Ia akan meresap masuk ke dalam lapisan dalam kulit. Hasilnya kulit yang lebih segar, anjal dan sihat.

Terdapat dua jenis krim malam, RICH disyorkan bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan tidur di bilik aircond. Manakala LIGHT lebih sesuai bagi mereka yang berkulit kombinasi, teksturnya lebih ringan dan tidak berminyak.

Adunan ramuan botani proprietari Shaklee akan membantu mengaktifkan kolagen dan keanjalan untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin dan paling istimewa lebih berseri.

RADIANCE C + E CAPSULES : YOUTH SET SHAKLEE

Kapsul yang sangat istimewa, pati Vitamin C dan E 20 peratus (%) tulen.

Vitamin C tulen memulihkan sinaran kulit sihat dengan mengurangkan bintik-bintik  dan jerawat pada kulit di sebabkan penuaan. 

Vitamin E tulen mengurangkan Kedutan dan parut. Ini turut melicinkan tekstur kulit d mencerahkan warna kulit. Kapsul Radiant Youth berasaskan tumbuhan, biodegradable & tidak menggunakan pengawet.


Apa yang bestnya tentang Radiant Youth C & E ini, ia direka khas agar tidak terdedah kepada udara dan teroksida. 1 kapsul ini boleh diaplikasi untuk 2 kali penggunaan. Pure Vita C & E, memang kulit akan glowing gitu. Bila pakai malamnya, esok kulit kita nampak lebih glowing dan sihat.

Dibawah ini antara testimoni jeragat yang menggunakan set YOUTH Shaklee.

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian di atas. Bagi mereka yang sudah nampak ada tanda tanda jeragat yang muncul,kena buat sesuatu. Lebih lebih lagi bagi yang berumur 35tahun ke atas kena rajin belek muka sekarang ya.