Assalamualaikum dan salam syawal.

Alhamdulillah, saya rasa tahun ini kita beraya rasa lebih lama dari tahun sebelumnya mungkin banyak cuti dan awal dan penutup raya jatuh pada hari Sabtu.

Setiap minggu ada saja jemputan hari raya open house dari kaum keluarga dan rakan-rakan. Namun etika atau adab ketika beraya jangan dilupakan. Antaranya,

1.BERPAKAIAN YANG TERTIB

Kalau boleh pakailah pakaian yang sopan, mengikut tema raya contohnya bagi perempuan memakai baju kurung,kebaya atau jubah .Lelaki pula boleh mengenakan baju melayu, jubah, kurta dan baju kemeja. Kadangkala bangsa asing pun memakai pakaian melayu tradisional ketika hadir di majlis hari raya open house.

Anak-anak ketika berkunjung ke rumah guru ngaji.

2. MENJAGA AKHLAK DAN ADAB

Ini paling penting sekali, bagi mengelakkan jadi bualan setelah kita pulang beraya. Pastikan anak anak dipesan awal jangan nakal, jangan panjat sofa ,berlari lari hingga buat orang sekeliling geram dan geram dengan ibu bapa anak tersebut. Tuan rumah mestilah segan hendak menegur, takut ada yang kecil hati jika menegur atau memarahi anak tersebut.

3. AMBIL JUADAH BERPADA PADA

Memang rambang mata bila melihat macam macam makanan yang sedap terhidang didepan mata. ambillah makanan yang anda rasa boleh habiskan dan tidak membazir jika ambil secukupnya. Jika perjalanan jauh, seeloknya makan sedikit dahulu untuk alas perut dari rumah.

4. HADKAN TEMPOH ZIARAH

Biasanya kalau lama tidak bersua, banyak topik yang hendak kita bualkan termasuklah hal anak, hiasan rumah . Walaubagaimanapun berpada-padalah, banyak tamu yang datang dan perlu duduk selain kita. Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam menziarah ketika open house.

5. PANTAU KELAKUAN ANAK

Jangan asyik berbual dan makan hingga lupa keberadaan anak kita. Jaga agar jangan masuk ke bilik orang, melompat lompat atas katil. Kalau bermain di bilik mainan, pastikan mereka bantu mengemas setelah bermain bersama.

6. JUMPA TUAN RUMAH SEBELUM PULANG

Setelah menjamu selera, jangan lupa bersalaman dengan tuan rumah mengucapkan terima kasih atas hidangan yang enak. Jangan lupa menjemput kembali mereka datang ke rumah kita bagi mengukuhkan silaturahmi sesama Islam.

Sememangnya menghadiri jemputan hari raya open house adalah digalakkan supaya dapat mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan tetap terjalin walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak cucu.

TIPS LAIN

Selain rasa seronok dapat berkunjung ke open house, ada jugak perasaan takut baju tak muat lepas 2 minggu raya.Hehe, tu biasalah kan.

Jangan lupa mengambil supplemen seperti ESP (soy protein) sebagai alas perut dan agar tidak makan berlebihan ketika open house. Omega pula membantu membakar lemak, manakala lecithin memecahkan lemak. Kalau tak nak badan lemau selepas makan, disarankan ambil Bcomplex yang mana membantu menukarkan kalori kepada tenaga.

Terima kasih sudi baca perkongsian saya berdasarkan pengalaman menghadiri hari raya open house. Jika anda ada tips-tips menarik boleh juga kongsikan bersama diruangan komen dibawah ini.

Sekian, terima kasih.