Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syawal baru sahaja habis minggu lepas, tahun ni rasanya banyak jemputan ke majlis open house dan banyak bertemu sanak saudara dan rakan taulan.Mungkin kita dah sinonim dengan fenomena covid, tapi tetap kena berhati-hati dan berwaspada. Banyak yang keluar beraya daripada duduk di rumah.
Pernah tak rakan rakan membeli barang kemudian dapat voucher rebate, seperti kita berbelanja di Parkson, Aeon dan Watsons. Tapi lebih seronok kalau kita dapat cash rebate kan? Lebih bebas membeli apa yang kita perlukan dan kehendaki pada bila bila masa dan di mana sahaja.
Shaklee menawarkan cash rebate yang lumayan bagi pengguna yang membeli sebarang produknya. Konsepnya sangat adil, semakin banyak belian , semakin tinggi bonus yang akan diterima.
Saya bermula sebagai pengguna biasa yang menjadi ahli untuk mendapatkan harga murah, tak terfikir langsung tentang cash rebate yang bakal diterima. Semuanya bermula pada tahun 2014, saya mengalami sakit lutut yang mana ia berbunyi dan sakit setiap kali hendak panjat kerusi mengambil barang barang di kabinet dapur. Hmmm , pada saya ia membimbangkan juga sebab umur saya baru 35 tahun. Macam mana kalau selepas umur 50 tahun? Tak dapat bayangkan sakit yang bakal dirasakan nanti.
Bermulalah pencarian encik google, dalam seminggu jugak mencari suplemen yang natural yang tidak ada kesan sampingan. Testimoni yang meyakinkan buatkan saya yakin dan teruja untuk mencuba OSTEMATRIX ( sekarang dikenali sebagai OSTENUTRIX).
Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas 5 hari pengambilan kalsium Shaklee, sakit lutut hilang dan kaki rasa lebih ringan. Saya mula kongsikan kebaikan ostenutrix kepada ahli keluarga terutama ayah beberapa tahun yang lalu. Nampaknya ia menampakkan hasil yang positif, tanpa ragu ragu saya terus kongsikan kepada sepupu saya .
Masalah beliau , lutut berbunyi agak kuat ketika rukuk dalam solat. Baru seminggu ambil OSTENUTRIX , masalah dah settle. Happy betul, sebelumya dah cuba bermacam macam jenama kalsium tapi hasilnya tetap sama.
Selepas mencuba ostenutrix saya mencuba set kurus pula hasilnya berat turun. Bonus (cash rebate) pun bertambah dari rm150 ke rm500 lebih. Suka betul, yelah dapat jana pendapatan walaupun setelah bergelar suri rumah.
Apalagi saya teruskan sharing, kali ini secara serius dengan offline. Prospek banyak terdiri dari kenalan ibu kawan anak di sekolah dan orang luar yang saya jumpa. Hasilnya bonus melonjak ke 4 angka. Syukur, dengan cash rebate yang diterima selama ini, saya gunakan untuk beli vitamin, alat pencuci rumah dan skincare Shaklee.
Produk shaklee memang mutunya terjamin, harga mampu milik dan yang penting selamat. Sepanjang 9 tahun ini, semua produknya saya telah cuba dan merasai kesan yang baik. Kebanyakan pelanggan juga berikan maklumbalas yang positif selepas mencubanya. Hasil medical check up saya juga normal, yang terkini dibuat pada May 2023.
Anda hanya perlu daftar dan membayar rm35 sahaja untuk belian harga ahli. Terdapat juga belian dengan PERCUMA keahlian. Syaratnya mestilah atas 200uv ke atas, anda sudah boleh join member tanpa mengeluarkan wang. Malah kita dapat rebate lagi.
Contohnya belian sebanyak rm510 pada bulan May, melayakkan anda mendapat 5% bonus yang mana lebih kurang rm25.
Saya berbesar hati mengajak sesiapa yang berminat dapatkan cash rebate untuk beli vitamin, boleh hubungi saya di talian di bawah ini. InshaAllah dengan izinNYA, kita sihat dan juga mempunyai pendapatan sendiri.
Nak saya bantu anda dapatkan cash rebate beli vitamin boleh hubungi saya
http://www.wasap.my/60177004559
Recent Comments