Assalamualaikum dan salam ceria ceria selalu.

Kebanyakan dari kita sudah melalui zaman sekolah, kemudian sambung pengajian ke IPT, masuk ke zaman bekerja, berkahwin dan melahirkan anak. Cuma bezanya selepas melahirkan ada yang membuat keputusan mahu menjaga anak sendiri atau masih teruskan bekerja. Salah satunya sayalah tu, disamping encik suami pun yang request untuk jaga anak sendiri. Namun bagi yang masih bekerja, saya tabik juga kerana berbakti pada keluarga dan masyarakat.

Pada mulanya , agak kekok jugak yelah dah biasa kerja dan pegang duit sendiri kan. Namun, alhamdulillah minta Allah permudahkan niat untuk menjaga anak sendiri. Automatik redha dan gembira tu datang sendiri. Chewahh..Kalau ikutkan pernah terdetik, nanti anak anak dah besar bolehlah start bisnes atau bekerja semula. Rezeki Allah tu luas, selepas anak ke 4 berumur setahun dan mula mencuba produk Shaklee gara gara sakit lutut. Selepas lutut dah ok, terus excited pulak perasaan nak sharing kebaikan produk yang kita makan. Bermulalah episode berniaga dan kerja dari rumah. Best tau, jom saya kongsikan tips bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah.

TIPS BEKERJA DARI RUMAH

1.Pilih bidang yang sesuai

Biasanya sebelum seseorang itu memulakan perniagaan, pasti ada perkara yang disukainya dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Contohnya mengait, membuat kek dan minat menggunakan minyak wangi. Jadi kenapa tidak kita jadikan minat itu sebagai push factor kita untuk berniaga disamping menambah pendapatan keluarga.

2. Modal yang tidak besar

Ada sesetengah perniagaan, memerlukan kita melaburkan duit yang banyak untuk memulakan perniagaan. Pilih syarikat yang sudah ada nama yang kukuh dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Jadi kita boleh bermula sebagai agen atau distibutor. Syarikat akan menguruskan stok yang perlu dihantar kepada pelanggan. Setelah dapat mengumpul keuntungan sedikit demi sedikit, bolehlah dijadikan modal untuk membeli sedikit stok agar mudah jika ada customer yang mahukan ready stok.

3. Pandai bahagikan masa

Walaupun kebanyakan orang melihat suri rumah banyak masa dirumah, tapi sebenarnya salah. Ketika dirumah kerja rumah mengemas, memasak dan rutin memang sentiasa akan ada dan menunggu. Urusan anak2, mengajar dan membantu buat kerja rumah. Zaman sekarang, anak anak pun stress , jadi kita juga harus menjadi pendengar dan cuba membantu menyelesaikan masalah mereka. Ala ala guru kaunseling gitew. Cuma gambar kita takde dalam majalah sekolah.hehe.

Bahagikan jam untuk kita bekerja, kena pandai curi masa. Boleh cuba untuk peruntukkan waktu untuk update status, belajar tentang produk dan juga jangan lupa untuk follow up customer yang telah buat pembelian.Jangan abaikan waktu makan keluarga , kerana kita juga mahukan keberkatan dan tidak mahu suami berkecil hati di kemudian hari.

4. Belajar menimba ilmu

Andaikan kita bermula dengan zero, masih banyak lagi perkara yang harus kita pelajari. Selain ilmu offline dari mentor dan kelas produk. Jangan lupa daftar kelas kelas online seperti cara tingkatkan jualan, cara gunakan media sosial untuk menarik pelanggan serta cara membuat poster yang menarik. Banyak aplikasi yang percuma yang boleh digunakan untuk membantu kita mulakan kerja dari rumah. Di Shaklee banyak menawarkan kelas online tentang produk, peluang perniagaan dan banyak lagi topik yang telah kami pelajari.

5. Membuka akaun

Bagi menjimatkan masa untuk pergi ke pejabat pos atau pejabat courier yang lain.Kita boleh mendaftar membuka akaun poslaju, jadi tinggal orangnya collect parcel dirumah. Selain itu gdex, easyparcel juga ada menawarkan perkhidmatan sebegini, mudah, cepat dan jimat.

Kesimpulannya, bagi yang mahu mulakan kerja di rumah jangan takut dan harus berani menyahut cabaran untuk melakukan perkara yang baru. Jika saya tak mencuba perniagaan Shaklee ini 9 tahun yang lalu, rasa rugi kalau dilepaskan kesempatan yang ada. Bagi yang mahu mulakan bisnes Shaklee, jom saya bimbing anda agar dapat memulakannya secepat mungkin. Jangan tunggu lama, nanti lama lama peluang diambil orang.

Bagi yang ingin memulakan bisnes di rumah boleh hubungi saya,

http://www.wasap.my/60177004559

http://www.wasap.sg/6591903244