Assalamualikum dan salam sejahtera pembaca greatvits.

Mama… barang yang order aritu dah sampai? Cantik tak? Itu antara soalan lazim anak anak bila dah order online.Hehe. Termasuklah maknye sekali, bila nampak van Gdex/poslaju depan rumah. Macam dapat emas kan dia punya EXCITED…

Begitulah trend sekarang boleh dikatakan semuanya order online, semuanya dihujung jari. Mudah, cepat dan yang penting jimatkan masa nak ke sana sini cari apa yang nak kita beli. Jadi bagi yang nak mulakan bisnes online, inilah masa yang terbaik. Jom semak tips bisnes online yang boleh kita pelajari sebelum memulakannya.

TIPS BISNES ONLINE

1. Buat produk research

Sebelum kita mulakan bisnes, cuba lihat atau survey produk apa tinggi permintaan atau yang sedang trending .Yang penting sentiasa ada permintaan dimasa akan datang. Contoh produk kesihatan, kecantikan dan makanan. Yang penting kita mesti mempunyai minat terhadap apa yang bakal kita pasarkan, jangan setakat hangat hangat tahi ayam.

2.Pilih nama yang mudah diingati

Prospek akan mudah ingat dan senang untuk sebutkan sesuatu jenama / perniagaan. Kalau bukan gunakan nama sendiri, boleh pilih nama yang berkaitan dengan produk yang kita jual. Contoh jenama LILIT bagi menjual shawl. Senang betul nak ingat sebab ringkas jer kan. Kalau nama yang pelik, kita kena google juga takut maksud yang tidak sesuai bagi sesetengah negara.

3. Pilih perniaagaan yang kurang berisiko.

Bagi newbie yang tidak pernah berniaga sebelum ini, lebih baik berjinak jinak menjadi agent atau dropship dahulu. Pilih syarikat yang sudah mempunyai jenama sendiri dan kewangan yang kukuh.Mudah untuk kita pasarkan , sekaligus dapat menjana keuntungan dan boleh dijadikan modal jika hendak membuka bisnes sendiri di masa depan.

4. Teknik pemasaran

Setelah mengkaji produk apa handak dijual, seterusnya kita mestilah membuat teknik pemasaran. Antaranya memberitahu, mempromosikan produk yang dijual di FB, IG, Fb Ads. Lagi bagus jika mempunyai website sendiri, prospek yang ingin mencari produk biasanya akan gunakan carian di GOOGLE. Mereka akan langsung membeli dikedai online yang 24 jam beroperasi.

5. Testimoni

Pengalaman pengguna yang gembira dengan hasil positif produk, harus dikongsikan bagi memberi keyakinan dan kepercayaan bagi yang belum pernah mencubanya. Kita perlu pandai bermain dengan emosi pembaca, tahu dan faham apa yang mereka rasakan. Kepuasan yang paling tak ternilai apabila kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

9. Follow up

Selepas menjual, jangan lupa follow up customer walaupun hanya dengan belian satu produk. Tanpa mereka yang menyokong, siapalah kita kan. Service after sales inilah yang akan membezakan kita dengan pesaing. Pelanggan tidak akan teragak agak untuk recommend kenalan mereka nanti.Prospek juga perlu kita follow up, memandangkan mungkin mereka akan membeli di masa hadapan. Jangan lupa sentiasa update promosi jualan kepada customer dan prospect.

Sekian dulu tips bisnes online dari saya, semoga anda berjaya dalam memulakan perniagaan yang hendak diceburi.