Assalamualaikum dan salam ceria.

Sebelum ini, biasanya saya hanya tahu vitamin E bagus untuk kesihatan kulit sahaja. Rupanya lebih dari itu, rasa rugi pulak tak mengambilnya dari umur muda. Tak mengapalah, at least dapat tahu juga kan, jom saya kongsikan apa kebaikan vitamin E supaya kita dapat menikmati manfaatnya lebih awal.

Teringat pada tahun 2018, saya menerima kunjungan seorang tante dari Jakarta. Terkejut dan teruja jap saya tengok wajah dia, masih cantik dan tak banyak berubah seperti yang saya jumpa 7 tahun lepas. Kulit wajahnya walaupun sudah 50an , kurang sangat kedutan dan masih tegang. Saya tanya apa rahsianya, dia cakap waktu muda lagi, umur 20an dia dah mula mengambil suplimen vitamin E . Hasilnya wajah memang awet muda. Tapi saya percaya dia juga amalkan pemakanan yang sihat bagi menjaga badan walaupun sudah mencecah separuh abad.

Apa itu Vitamin E

Vitamin E ialah sejenis bahan yang amat diperlukan badan pada kadar yang mencukupi untuk membantu sel-sel badan berfungsi.

Kelebihan vitamin E ialah fungsi antioksidan yang ia boleh laksanakan. Hal ini amat penting kerana dalam seharian manusia bernafas, kita selalunya terdedah kepada bahan yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah barah.

Sebagai contoh, matahari menghasilkan sinaran UV yang boleh menghasilkan radikal bebas yang tinggi pada badan. Radikal bebas ini akan merosakkan sel-sel kulit sehingga berisiko menyumbang kepada kanser kulit. Jadi, disinilah vitamin E berfungsi sebagai wira terhebat dengan menjadi penghapus kepada bahan radikal bebas tersebut kerana kebolehan antioksidanya. 

Dimanakah vitamin E ini boleh dijumpai?

Ia boleh dijumpai semudah-mudahnya pada makanan seharian kita dan ia bersifat larut lemak. Hal ini bermakna, ia boleh disimpan pada lemak-lemak dibadan dan digunakan apabila diperlukan. Antaranya minyak sayuran , sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin.

Beras perang, makanan daripada sumber jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, daging, organ, kacang soya, ubi kentang dan gandum.

SIAPA YANG PERLUKAN VITA-E Complex

Sebenarnya , pada luarannya kita rasa badan sihat dan cergas namun tetap ada kekurangan vitamin yang menyebabkan masalah kecil atau besar yang belum dapat di atasi.

1. Masalah parut dan jerawat

Selepas jerawat sudah kecut dan tidak aktif lagi , kadangkala parutnya agak lambat dan degil untuk dihilangkan. Di sinilah kita perlukan vitamin E untuk membantu mempercepatkan parutnya pudar dan menghilang.

Vitamin E bersifat anti radang, bermaksud ia boleh menggalakkan penghasilan semula sel kulit yang baru untuk gantikan kulit muka yang berparut akibat jerawat. Dr Whitney P.Bowe Dermatologist menyarankan pengambilan kaya vitamin E dan suplimen berasaskan vitamin E bagi membantu dapatkan kulit bebas parut jerawat yang diidamkan.

2. Suami Isteri

Bagi wanita yang ingin hamil, vitamin E membantu meningkatkan penebalan pada dinding rahim.Keadaan dinding rahim yang tebal sangat mempengaruhi proses pembuahan dan kehamilan. Ini kerana akhirnya embrio harus menempel erat pada dinding rahim yang kemudiannya berkembang menjadi janin.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Fertility and Sterility, mendapati bahawa vitamin E dapat membantu meningkatkan ketebalan endometrium. Endometrium yang mengacu pada lapisan rahim wanita bisa menipis kerana pelbagai alasan seperti kadar estrogen yang rendah. Ketika ketebalan rahim kurang dari 8mm, ini dapat mengurangkan keberhasilaan implantasi.

Manakala bagi lelaki , vitamin yang mempunyai antioksidan yang tinggidapat meningkatkan kualiti sperma khususnya pergerakan sperma yang aktif dan laju dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan.

Menurut satu penelitian yang diterbitkan dalam Arab Journal of Urology, antioksidan seperti vitamin E mempunyai kesan positif yang signifikan pada jumlah dan fungsi sperma. vitamin E juga dilihat berfungsi untuk melindungi membran sperma dari kerosakan oksidatif yang penting untuk kesihatan sperma yang baik.

3. Golongan yang berisiko kepada kanser

Walaupun makanan seharian kita mengandungi agen antioksidan untuk tubuh namun ianya tidak cukup memenuhi kebutuhan antioksidan yang diperlukan badan. Antioksidan membantu mencegah kerosakan sel dan DNA di dalam badan dengan meneutralkan molekul berbahaya yang digelar radikal bebas.

Untuk mencegah kerosakan sel akibat daripada radikal bebas, tubuh memerlukan pengambilan antioksidan yang mencukupi. Antioksidan adalah sifat dari pelbagai senyawa yang mampu melindungi sel-sel tubuh dari kesan buruk radikal bebas. Radikal bebas telah lama dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit antaranya kanser.

4. Strech Marks

Semasa hamil, wanita disyorkan menyapu lotion yang mempunyai kandungan vita E antaranya minyak zaitun dan bio oil. Lotion yang mengandungi Cocoa shea dan jojoba butters juga biasanya ada tambahan vitamin E didalamnya. Ini untuk mengelakkan kulit

Namun selepas bersalin, jangan lupa mengambil vita E bagi mengurangkan parut degil.Kita kan nak hamil lagi anak ke 2, 3 dan seterusnya. Hehe. Cuma tak bolehlah dapatkan semula kulit perut yang asal kan.

5. Atlet

Vitamin E dan Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif selepas bersukan atau bersenam. Vitamin E juga membantu meningkatkan keanjalan salur darah, merawat bahu kejang dan sakit sendi.

6. Pesakit Alzheimer

Vitamin E dapat memperlambatkan perkembangan Alzheimer ringan hingga tahap menengah. Ia bukan untuk menghilangkan penyakit ini

Cara memilih Vitamin E di pasaran

  1. Pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi ( lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘I’ atau ‘dl’ menunjukkan ia dari sumber kimia atau tiruan.
  2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
  3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.

Perbezaan Vita E Shaklee:

Shaklee Vita E Complex diperbuat dari minyak soya organik an minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, di ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopheryl yang aktif secaa fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha , beta, gama, delta). Ianya adalah antara vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelighara membran sel-sel , sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat Vita-E Complex


Testimoni sendiri

Selama saya mengambil Vita- Complex , ia membantu masalah eye bag yang saya alami sebelumnya.Kesan strech mark semasa hamil dulu pun banyak pudar dan tidak banyak kelihatan.Kulit lebih lembab, tidak kering apabila bangun tido.Maklum sajalah sudah 40an ni kan.

Satu lagi yang saya perasan jika ada jerawat yang muncul, parutnya cepat hilang.Jika rajin, saya akan menyapu vita E untuk dijadikan sebagai masker. Jika ada bekas luka yang sudah kering dibahagian tubuh, bolehlah sapu 2x sehari, memang cepat dan jimat kos juga daripada kena beli krim parut.

TESTIMONI PENGGUNA

Parut jerawat dan pori pori mengecil

Masalah kulit kering

Kulit gebu dan parut

Jadi bagi anda yang mahukan vitamin awet muda dan juga sedang mencari suplimen yang dapat mengurangkan masalah yang dialami, jangan ragu untuk mengambil Vita-E complex. Setiap pembelian disertai dengan konsultasi, inshaAllah saya akan mengajar cara pengambilan yang betul serta follow up bagi memastikan anda dapat manfaat yang optimum.

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE?

✅Halal
✅Mendapat Kelulusan KKM

✅Tiada Kesan Sampingan
✅Terbukti Berkesan
✅Terbukti Semulajadi
✅Terbukti Selamat
✅Harga Mampu Milik

CARA ORDER :

Call/Whatsapp/Sms:

http://www.wasap.my/60177004559

http://www.wasap.sg/6591903244

Shaklee Johor Bahru, Pengedar Shaklee Bandar Baru Uda, Pengedar Shaklee Taman Perling, Pengedar Shaklee Taman Universiti, Pengedar Shaklee Skudai, Pengedar Shaklee Tampoi, Pengedar Shaklee Singapore, Pengedar Shaklee Tampines, Pengedar Shaklee Simei, Pengedar Shaklee Pasir Ris, Pengedar Shaklee Bedok.