Bercuti bersama keluarga sememangnya saat saat yang dinantikan oleh semua orang. Selain dapat menghilangkan stres bekerja , yang paling penting dapat mengeratkan pertalian diantara ibu bapa dan anak-anak.

Percutian didalam negara pun tidak kurang hebatnya, banyak tempat tempat menarik yang setanding dengan tempat di luar negara . Kali ni saya kongsikan tips travel bersama keluarga , baru baru ini kami sekeluarga ke Lotus Seaview Pengerang, Johor

Kami memilih unit dibawah bagi memudahkan keluarga yang ada anak kecil.

1. Bawa pakaian yang perlu sahaja

Setelah tentukan berapa hari yang kita ingin bercuti dan tempatnya. Mommies perlu memilih dan membawa pakaian anak anak. Memandangkan kami bercuti ketika cuaca panas lit lit, jadi bawalah baju yang lebih nipis dan serap peluh. Jika musim sejuk ,bolehlah membawa baju yang tebal sedikit agar anak anak tidak kesejukan di luar sana. Susun pakaian secara menggulung kerana akan dapat menjimatkan ruang dan mudah untuk mengambilnya nanti.

Anak anak gembira dapat ronda ronda resort walaupun cuaca panas

2. Cari waktu yang sesuai untuk melancong

Kalau boleh elakkan berkunjung ke destinasi percutian ketika cuti perayaan. Biasanya waktu ini orang lebih ramai, kerana cuti umum. Lebuhraya juga akan lebih sesak dan ambil masa yang panjang untuk sampai. Saya kurang gemar jika kolam renang atau laut yang kita menginap terlalu ramai orang, kurang privacy sedikit.hehe

3. Ambil cuti awal

Selepas covid, waktu cuti sekolah sudah berubah. Jadi perlu melihat jadual kerja ibu bapa. Apply cuti lebih awal agar tidak clash dengan rakan sekerja. Sebaiknya elakkan waktu cuti perayaan kerana biasanya keadaan resort lebih padat dan sesak sedikit. Apalagi kalau menggunakan lif, kita harus ambil masa yang lama juga untul menunggu.

4. Bawak suplimen, ubat ubatan dan sunscreen.

Ketika bercuti bersama anak jangan pernah lupa membawa suplimen untuk tingkatkan imun sekeluarga, ubat demam, selsema dan batuk. Persekitaran dan cuaca yang berbeza dapat mempengaruhi keadaan kesihatan anak anak. Plastik kosong jangan lupa standby dalam kereta, kerana anak keempat saya sering nak muntah apabila perjalanan berbelok dan ambil masa yang lama. Selain itu tips travel jangan lupa juga standbykan minyak angin yang sangat membantu dikala mereka mabuk atau pening didalam kereta.Minyak gamat dan plaster jika anak anak bermain di luar.

Nak jadikan cerita, pernah sekali selepas check in saya terus masuk diruangan tamu.Namun nasib tak baik terus tergelincir dan lutut saya terhentak , tangan pun sakit sebab tahankan badan. Apalagi terus saya gosok minyak waktu juga bagi elakkan masuk angin dan bengkak. Alhamdulillah, besoknya dah boleh mandi laut dan swimming pool dengan anak-anak. Satu lagi suplimen yang wajib saya bawa ialah NUTRIFERON, immune booster.Kalau rasa hendak demam, cepat cepat ambil, InshaAllah cepat reda. Ia juga bantu meredakan perut sebu dan cirit birit.

Antara kebaikan Nutriferon

Antara testimoni yang mengambil Nutriferon

5. Membawa salinan booking penginapan dan tambahan debit/credit card

Selepas menempah tempat percutian, samada hotel, resort, homestay atau apartment, jangan lupa print ke hard copy bagi mempercepatkan proses check in atau hp tiada bateri ketika itu.

Sentiasa bawa tambahan debit card/kredit card kerana kadangkala agak sukar mencari mesin ATM ditempat yang terpencil.

6. Survey tempat menarik disekitar penginapan

Kadangkala ada suatu sebab juga mengapa kita menempah penginapan, contohnya kami terpanggil untuk ke Lotus Seaview ,Pengerang gara gara kawan recommend WARUNG LOBSTER.hehe.tulah pertama kali makan lobster. Memang highly recommended tau tempat ni, cuma 5 minit dari resort.Tempatnya selesa, bersih dan yang penting ENAK banget..so far dah kali ke 2 kami ke sini, bawak sekali rombongan sanak saudara.

Di harap dengan perkongsian tips travel di atas dapat membantu teman teman yang ingin bercuti bersama keluarga. Selamat bercuti….