Assalamualaikum dan salam ceria .

Semenjak sudah berumur 40an ini, memang terasa perbezaan tahap kesihatan badan, di tambah lagi setelah melalui fasa pandemik 3 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun semenjak tahun lalu saya cuba mengubah gaya hidup sihat selepas merasakan badan kurang cergas dan kurang bersenam.

Alhamdulillah tahap kesihatan bertambah baik dan tahap kecergasan juga meningkat.Jom saya kongsikan antara amalan gaya hidup sihat yang saya amalkan dan kesannya kepada saya dan seisi keluarga.

7 Amalan Gaya Hidup Sihat

1.Minum cukup air putih

Badan kita terdiri daripada 70% air, jadi kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya 2 Liter sehari. Kekurangan air dalam tubuh dapat meningkatkan tekanan darah dan bebanan mengepam jantung.Itulah yang terjadi pada diri saya pada awal tahun 2022, tekanan darah meningkat kepada 165/90. Pada mulanya terkejut kenapa naik mendadak , adakah sebab kolesterol atau akibat stress dirumah. Mulalah macam-macam andaian dikepala kan.

Akhirnya saya pergi ke hospital, alhamdulillah semua test dibuat normal termasuk ECG. Doktor cakap badan saya kurang air, setelah dua jam masuk drip bacaan darah turun ke paras normal semula. Sampai sekarang saya sering pastikan minum air putih cukup setiap hari kerana takut peristiwa yang lepas berulang lagi. Air putih juga bagus meningkatkan kadar metabolisme tubuh , free dan tanpa kalori pulak tu.Akan tetapi masih ramai yang tidak menyedari kepentingannya terutama sebagai agen membuang toksin yang hebat.

2. Diet yang seimbang

Kita disarankan makan mengikut piramid makanan atau hidangan suku suku separuh yang disering dikongsikan oleh Kementerian kesihatan Malaysia , lebihkan sayur sayuran dan buah buahan. Protein sebesar tapak tangan dan suku suku pinggan karborhidrat. Setelah mencuba mengikuti size hidangan yang disyorkan berat badan saya mudah turun tanpa rasa lapar , kerana mengambil banyak sayur- sayuran. Beras juga saya bertukar kepada beras perang, saya lebih gemarkannya berbanding berasmathi kerana rasanya yang kenyal dan agak lambat untuk dikunyah. Jadi automatik lebih cepat kenyang dan tak rasa nak tambah lagi.

3. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal ataupun beriadah bersama keluarga amatlah digalakkan. Bersenam dapat meningkatkan penghasilan seratonin , yang mana membuatkan kita rasa gembira dan tenang. Sekaligus membantu atasi stress kerja di rumah , pejabat dan juga faktor luaran juga.

Hidup yang tidak aktif boleh mengakibatkan obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi , diabetes dan sakit sendi .Kita disyorkan melakukan senaman 30 minit sehari, selama tiga kali seminggu. Pilih senaman yang bersesuaian dengan umur dan berat badan supaya tidak berlaku kecederaan pada sendi.

Kini saya gemar brisk walk selama 30-40 minit selepas menghantar anak ke sekolah. Jika ada masa terluang dirumah saya melakukan zumba atau aerobik di depan TV sahaja bersama anak-anak. Waktu yang terbatas dan cuaca yang tak menentu membuat saya mencuba brisk walk di treadmill sahaja.Manakala anak-anak juga berjogging menggunakan treadmill dirumah. Amalan gaya hidup sihat ini boleh dilakukan dimana mana sahaja.

4. Tidur yang berkualiti

Tidur yang berkualiti penting untuk pastikan badan segar dan cergas ketika bangun dari tidur. Waktu tidur yang disyorkan iaitu 6-8 jam sehari. Jangan tidur lewat , kalau boleh 30 minit sebelum tidur no screen time. Pastikan minda kita kosong dan jangan fikirkan sebarang masalah , berzikir dan membaca surah 3 Qul erta ayat kursi bagi melindungi daripada sebarang gangguan.

9-11 malam, badan melakukan detokfikasi sistem limfa, tidak disarankan melakukan aktiviti berat.

11malam-3pagi, hati sedang melakukan aktiviti pembuangan racun dan terjadi proses regenerasi sel-sel organ hati.

3 -5 pagi, detokfikasi paru-paru berjalan.Perasan tak kadang kadang tiba tiba kita batuk atau bersin pada waktu ini, bergantung juga pada kondisi tubuh seseorang.

5-7 pagi , proses detoksifikasi usus, senang kata kita buang air besar. Senang hati kalau dapat buang air dapat tanpa sembelit.

5.Mengawal Stres atau Tekanan Diri

Stres yang tidak dikawal dan ditanangi boleh menjadi pembunuh dalam senyap. kenapa? Ini kerana ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu dan membawa kepada pelbagai masalah dan penyakit. Apabila stres , sel sel badan cenderung bertukar menjadi abnormal, seterusnya perlahan lahan menjadi sel yang tidak sihat atau sel kanser.

Sebelum ini, saya tak menyangka apabila badan mengalami stres, boleh mendapat anxiety juga.Itulah yang terjadi pada saya tahun lepas. Yang mana simptomnya kerap buang air kecil pada waktu malam, tangan kebas dan jantung berdebar. Alhamdulillah setelah mempraktikkan teknik pernafasan yang betul masalah ini dapat diatasi. Gambar dibawah ini ada tunjukkan cara pernafasan 4-7-8. semoga dapat membantu anda juga. Mudah ,ringkas dan efektif. Mesti cuba tau…

6. Mengambil Suplemen Tambahan.

Pengambilan makanan yang tidak teratur , mengambil makanan yang kurang nutrisi membuatkan tubuh kita kekurangan vitamin dan nutrient. Suplimen multivitamin membantu menutup lompong nutrisi yang kurang di dalam tubuh. Saya mengamalkan Vita Lea selama 9 tahun, masalah cepat pitam dan tekanan darah rendah dapat diatasi.

Selain itu tubuh kita banyak terdedah dengan radikal bebas contohnya dengan memegang HP, melayari laptop .Semua itu membuatkan sel-sel baik rosak, secara langsung membuatkan sistem imun menurun. Oleh itu kita perlukan Vita C untuk .Vita E melindungi kulit dari sinaran UV. Manakala B12 Bcomplex membantu mengawal emosi sekaligus mengurangkan stres.

Pengambilan Soy Protein (non GMO) membantu menstabilkan gula dalam darah, menurunkan kolesterol. serta bagus untuk kulit.

7. Membuat pemeriksaan kesihatan secara rutin

Walaupun pemakanan telah dijaga, rajin bersenam dan mengambil suplimen namun kita jangan culas membuat pemeriksaan ke doktor. Ini kerana badan ibarat kereta yang harus di check dan di servis. Setelah itu, kita tahu mana yang patut diperbaiki dan diubahsuai. Barulah lancar, selesa dan selamat bila memandu.

Saya mula membuat medical check up 2 tahun sekali bermula umur 30an. Ujian gula darah dan kolesterol boleh dibuat di farmasi sahaja setiap 6-12 bulan. Saya suka tumpang sekali check tekanan darah dan gula darah apabila kedua orang tua membuatnya dirumah.

Tapi setelah berumur 40an ni, saya membuat sendiri di rumah.Di samping itu, sebagai wanita digalakkan membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi mengesan jika ada sebarang kelainan yang perlu dirujuk. Ujian ultra sound bagi wanita dibawah umur 40 tahun, manakala memogram bagi wanita 40 tahun ke atas ( mengesan kelainan pada payudara) .

Selain itu ujian Pap Smear ialah ujian yang boleh mencegah kanser di pangkal rahim.Manakala ujuan HPV pula digalakkan bagi wanita berumur 30 tahun ke atas. juga perlu dibuat kerana jika dikesan pada peringkat awal ia lebih mudah untuk dirawat.

Jom sama sama kita ubah ke arah positif dan jadikan amalkan gaya hidup sihat, dan menjadi contoh buat anak anak kita ikuti. Disamping itu kita jangan lupa tingkatkan amalan rohani agar sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya

Call/Whatsapp/Sms:

http://www.wasap.my/60177004559

http://www.wasap.sg/6591903244

Shaklee Johor Bahru, Pengedar Shaklee Bandar Baru Uda, Pengedar Shaklee Tampoi,Pengedar Shaklee Taman Perling, Pengedar Shaklee Taman Cempaka, Pengedar Shaklee Taman Bukit Dahlia, Pengedar Shaklee Bukit Kempas, Pengedar Shaklee Taman Universiti, Pengedar Shaklee Skudai, Pengedar Shaklee Singapore, Pengedar Shaklee Tampines, Pengedar Shaklee Simei, Pengedar Shaklee Pasir Ris, Pengedar Shaklee Bedok.